Followers

Friday, August 12, 2016

HeCTiC WeeK!

Terlalu banyak urusan...
Terlalu banyak dokumen perlu dihantar...
Hantar murid-murid target ke kem kecemerlangan...
Jaga murid-murid menduduki peperiksaan percubaan UPSR kali kedua...

sampaikan tak sempat nak update blog..T__T

Tuesday, August 2, 2016

Travelogue : Korea (Preparation)

Sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri, kalau ada yang terlebih atau terkurang, tersilap atau tersalah, harap diperbetulkan. Perkongsian saya kali ini lebih kepada sesiapa yang ingin melancong menggunakan travel agent sepenuhnya. Perkongsian ini juga sesuai untuk sesiapa yang baru pertama kali nak melancong tanpa sebarang pengalaman. 


1. HUBUNGI TAVEL AGENT 

~ minta itinerary, brochure (survey beberapa travel agent)
~ dah jumpa yang sesuai (murah + accommodation okay + makanan), hubungi travel agent, masa berurusan, perhatikan cara layanan, memuaskan atau tidak, kalau berpuas hati.....
~ bagitau perjalanan yang korang nak (musim sejuk, musim bunga), tarikh yang sesuai untuk korang pergi
~ bayar deposit (jangan bayar full, incase terpaksa cancel) , dapatkan maklumt dari travel agent juga, tarikh akhir full payment


2. DETAIL PERJALANAN

~ dah tetapkan tarikh pergi, dah buat bayaran pendahuluan, minta maklumat perjalanan seperti butiran tiket flight serta perjalanan dari pihak travel agent.
~ semak tiket dari mana ke mana, untuk saya ni, tiket dari LCCT ke Incheon, serta Incheon ke LCCT (masa tu KLIA 2 xwujud lagi)
~ bermula dari rumah (Kelantan), rancang perjalanan (tiket kelantan ke KL, tiket dari setesen bas ke LCCT), perlu cari hotel atau tidak untuk bermalam (saya perlu hotel sebab saya tiba dari Kelantan petang, sehari sebelum bertolak. Travel agent bagitau perlu berkumpul di LCCT jam 6 a.m esoknya)


Tiket bas ke KL


jadual perjalanan bas KL Sentral - LCCT

3. CARI MAKLUMAT MENGENAI TRAVEL DI INTERNET

~ search barang yang perlu dibawa, makanan, pakaian yang sesuai ikut musim (kalau nak jimatkan ruang dalam luggage, kawan-kawan yang travel bersama-sama bawa satu sweater/jacket/winter coat sorang, lepastu, gilir-gilir coat tu *xde la nampak pakai coat sama je hari* , nanti nampak variasi, hari lain, coat lain, padahal tukar-tukar je pon.
~ barang wajib ada dalam handbag atau beg galas yang dibawa ke mana-mana, wet tissue (beli kat watson je), hand sanitizer, travel adapter (senang nak charge phone, camera etc), botol kosong (senang nak amik air kalau nak ke toilet sbb ada toilet yg hanya menggunakan tisu tanpa air, juga memudahkan kita utk amik wudhu)

4. CONVERT MATAWANG

~ sentiasa semak nilai matawang, kalau rate makin rendah, jangan tukar lagi,tunggu dulu mungkin lagi rendah rate, nak senang semak, guna online money coverter kt sini 
~ bila dah hampir nak berangkat, tukar not agak-agak berapa korg nk guna untuk shopping kt sana (ada kedai kt korea yg terima not Malaysia), untuk saya RM 1000 (lebih kurang 300 000 Won) lebih dari cukup sebab saya bukan kaki shopping, duit tu utk beli sourvenir je dan barang-barang yang orang kirim.



5. SEMAK FLIGHT DETAIL

~ hubungi travel agent, tanya tempat berkumpul sebelum berangkat, masa kena berkumpul, detail bagasi...etc





6. SEMAK WAKTU SOLAT

~ sebagai seorang yang beragama Islam, waktu solat perlu dijaga  tak kira kat mana kita berada, jadi, sebelum berangkat, search dulu waktu solat, then, catat la, sekarang kan dah canggih, application banyak yg boleh didownload (Alhamdulillah,walaupun saya dah prepare awal2 prayer schedule,tapi travel agent yg saya join memang bagi jadual waktu solat masa dalam bas untuk rujukan kami)



7. JOM TRAVEL!!! YEAY!!!

ps : maaf bahasa rojak
pss : kalau ada tambahan, boleh share ni komen