Followers

Saturday, July 30, 2016

TERIMA KASIH!!

Alhamdulillah...target hari ni tercapai. Maklumlah, blog cabuk macam ni je kan. Senyum sorang-sorang tengok traffic sources, tengok statsitic blog. Kalau sebelum ni dah boleh agak pengunjung dari mana, tapi bila reset balik semua data, teringin juga nak tengok pengunjung baru. Terima Kasih, Thank You, Arigato, Syukran...





ps: Pemilik blog nak pi rumah terbuka Aidilfitri sat, balik nanti nak up post baru *mood tengah rajin nak update ni kan*

KOREA?!!


Berminat ke Korea?

Masih mencari pakej pelancongan ke Korea yang TERBAIK dan MURAH?

In Shaa Allah, jika mempunyai kelapangan masa, saya akan kongsi sedikit sebanyak tips, tempat2 menarik dan pengalaman saya melancong ke Korea.

Stay tuned!! 




ps : post lama tapi terasa nak kongsi sekali lagi

TooTHPiCK and PLaSTiCiN

Toothpick atau pencungkil gigi! Setiap insan mengenali apa itu pencungkil gigi, jadi, saya tidak perlu menerengkan lebih lanjut..

Plasticin? Mengenangkan kita kepada zaman kanak-kanak. Setuju?

Pada kali ini, saya bukanlah mahu apa itu pencungkil gigi mahupun plasticin tetapi saya akan menceritakan kegunaan kedua-dua bahan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Dalam topik bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi di sekolah rendah, terdapat sub tajuk yang memerlukan guru untuk menerangkan kepada murid-murid mengenai rangka *skeleton* setiap bentuk tersebut. Jadi, inilah kegunaan dua bahan yang saya perkenalkan itu. Plastisin dibentuk bulat-bulat kecil untuk menghubungkan pencungkil gigi. *ayat berbelit sikit* Lebih mudah jika merujuk gambar-gambar di bawah ini. 

Berikut merupakan hasil yang telah saya dan rakan-rakan sekelas membuat rangka *skeleton* bentuk-bentuk 3-Dimensi menggunakan pencungkil gigi dan plasticin.


segi empat tepat

piramid

prisma

rangka-rangka bentuk 3-Dimensi

rangka-rangka bentuk 2-Dimensi

Jadi, aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas kerana plasticin tidak mendatangkan bahaya dan murid-murid sudah biasa bermain dengan plasticin. Guru hanya perlu memantau penggunaan pencungkil gigi yang agak tajam. Guru boleh menggunting bahagian yang tajam untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Murid-murid akan lebih mudah mengingati apa yang dipelajarinye jika aktiviti 'hands-on' dilaksanakan. Pengalaman sendiri akan memudahkan mereka untuk mengingati setiap bentuk serta bilangan sisi, bilangan bucu dan bilangan permukaan setiap bentuk 2-Dimensi dan bentuk 3-Dimensi.

Alternatif lain :
1) menggunakan lidi-lidi sate untuk membentuh rangka yang lebih besar.
2) menggunakan lidi-lidi sate yang dipotong pendek bagi menjimatkan kos

SELAMAT MENCUBA!

ps : abaikan watermark link blog lama kat gambar, malas nak edit balik

Friday, July 29, 2016

MURID KESAYANGAN SAYA

Siapa mereka?

Mereka murid-murid saya yang berketurunan Orang Asli (semenanjung). Suku kaum? Nak tahu lebih lanjut kumpulan-kumpulan Orang Asli yang terdapat di Malaysia? Nantikan post akan datang.

Selamat Layek!! *selamat malam dalam bahasa asli*


TENTANG SAYA

Pemilik blog?

Seorang cikgu novis. Seorang pelajar. Seorang anak. Seorang kakak. Seorang adik. Seorang umat Nabi Muhammad s.a.w. Seorang hamba Allah s.w.t.

Macam mana terbitnya idea nak menulis kembali?

Saya suka update semua tentang kehidupan saya sama ada di sekolah ketika bersama-sama murid orang asli, mahupun kehidupan persendirian saya. Kadang-kadang post saya di facebook mahupun instagram terlalu panjang sampaikan cecah limit post. Jadinya, lagi seronok kalau dapat kongsi secara menyeluruh apa yang saya lakukan tanpa ada limit.



ps : saya cuba menulis menggunakan bahasa standard walaupun kadang-kadang terasa mahu campur adukkan bahasa serta loghat sendiri. *do pray for me...opss, dah tercampur plak*

Thursday, July 28, 2016

SALAM PERKENALAN!!

Assalamualaikum...

Setelah bertahun blog ini ditutup atas sebab-sebab tertentu, sekarang terasa mahu kembali menulis. In shaa Allah jika mempunyai kesempatan masa, blog ini akan sentiasa di update. Harapan penulis, semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat kepada rakan-rakan pembaca.

ps : cuba untuk kekalkan link blog yang lama, tapi memandangkan cuba untuk buka buku baru, saya tukar link.




ikhlas : MissAfiqah