Followers

Showing posts with label Matematik. Show all posts
Showing posts with label Matematik. Show all posts

Wednesday, February 1, 2017

Segi Tiga

Arahan kepada kumpulan 3 : 
Dengar dengan teliti dan jawab soalan yang diberikan.


Soalan 1 : Berapakah bilangan bucu segi tiga?

Soalan 2 : Berapakah bilangan sisi segi tiga?


Selamat Berjaya!!! 

Segi Empat Tepat

Arahan kepada kumpulan 2 : 
Dengar dengan teliti dan jawab soalan yang diberikan.


Soalan 1 : Berapakah bilangan bucu segi empat tepat?

Soalan 2 : Berapakah bilangan sisi segi empat tepat?

Selamat Berjaya!!! 

Segi Empat Sama

Arahan kepada kumpulan 1 : 
Dengar dengan teliti dan jawab soalan yang diberikan.


Soalan 1 : Berapakah bilangan bucu segi empat sama?

Soalan 2 : Berapakah bilangan sisi segi empat sama?

Selamat Berjaya!!! 

Lagu Bentuk

Lagu Bentuk : Old Macdonald


‘Old Macdonald had a shape,
E-I-E-I-O,
And on that shape it had 4 same sides,
E-I-E-I-O,
With a SQUARE here,
 SQUARE there,
here a SQUARE,
there a SQUARE,
everywhere a SQUARE, SQUARE,
Old Macdonald had a shape,
E-I-E-I-O’

Saturday, July 30, 2016

TooTHPiCK and PLaSTiCiN

Toothpick atau pencungkil gigi! Setiap insan mengenali apa itu pencungkil gigi, jadi, saya tidak perlu menerengkan lebih lanjut..

Plasticin? Mengenangkan kita kepada zaman kanak-kanak. Setuju?

Pada kali ini, saya bukanlah mahu apa itu pencungkil gigi mahupun plasticin tetapi saya akan menceritakan kegunaan kedua-dua bahan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Dalam topik bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi di sekolah rendah, terdapat sub tajuk yang memerlukan guru untuk menerangkan kepada murid-murid mengenai rangka *skeleton* setiap bentuk tersebut. Jadi, inilah kegunaan dua bahan yang saya perkenalkan itu. Plastisin dibentuk bulat-bulat kecil untuk menghubungkan pencungkil gigi. *ayat berbelit sikit* Lebih mudah jika merujuk gambar-gambar di bawah ini. 

Berikut merupakan hasil yang telah saya dan rakan-rakan sekelas membuat rangka *skeleton* bentuk-bentuk 3-Dimensi menggunakan pencungkil gigi dan plasticin.


segi empat tepat

piramid

prisma

rangka-rangka bentuk 3-Dimensi

rangka-rangka bentuk 2-Dimensi

Jadi, aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas kerana plasticin tidak mendatangkan bahaya dan murid-murid sudah biasa bermain dengan plasticin. Guru hanya perlu memantau penggunaan pencungkil gigi yang agak tajam. Guru boleh menggunting bahagian yang tajam untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Murid-murid akan lebih mudah mengingati apa yang dipelajarinye jika aktiviti 'hands-on' dilaksanakan. Pengalaman sendiri akan memudahkan mereka untuk mengingati setiap bentuk serta bilangan sisi, bilangan bucu dan bilangan permukaan setiap bentuk 2-Dimensi dan bentuk 3-Dimensi.

Alternatif lain :
1) menggunakan lidi-lidi sate untuk membentuh rangka yang lebih besar.
2) menggunakan lidi-lidi sate yang dipotong pendek bagi menjimatkan kos

SELAMAT MENCUBA!

ps : abaikan watermark link blog lama kat gambar, malas nak edit balik